Tuesday, October 27, 2009

about dalat



















PENGENALAN
















Sejarah awal penubuhan pihak berkuasa tempatan seluruh sarawak adalah di bawah Ordinan Kuasa Tempatan 1948(LOCAL AUTHORITIES ORDINANCE 1948)di bawah pemerintahan kerajaan British.Dengan adanya ordinan tersebut,penggubal-penggubal undang-undang tempatan(LAW MAKERS)memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan(LOCAL AUTHORITY@LOCAL COUNCIL).














Mjlis Daerah Dalat dan Mukah yang terletak kira-kira 500 meter dari pusat bandar mukah lama merupakan sebuah agensi kerajaan tempatan yang di beri kuasa untuk mentadbir kawasan-kawasan yang diperuntukkan dibawahnya berdasarkan kepada Akta Kerajaan Tempatan 1976(Akta 1971)bertujuan agar setiap daerah lingkungan majlis ini akan dapat menikmati pembangunan yang seiring dengan bandar-bandar lain di negeri sarawak khasnya dan di malaysia amnya.





















PADANG SUNGAI UD







Maklumat mengenai padang kampung Sungai Ud Dalat:







Asal padang Sungai Ud di bina ialah sebelum merdeka.padang itu dibina oleh seseorang yang bernama Lumih. Beliau meletakkan nama padang tersebut padang kampung sungai ud.








Mengikut penerangan dari ketua kaum yang bernama Alam,ketika beliau masih kecil lagi padang itu sudah wujud.Kini beliau sudah berusia 74 tahun.








Menurut keterangannya,walaupun sekolah pernah wujud di situ namun padang itu masih menggunakan nama kampung.Dalam sekitar tahun 80an barulah padang itu berpindah milik atas nama MDDM Dalat.








Maklumat mengenai market Dalat:








Market MDDM Dalat dibina sekitar tahun 2005 dan di bawah kuasa MDDM Dalat.Pelbagai kaum dan agama yang menjadi penjual disitu.Antara yang dijual disitu adalah sperti ikan sayur-sayuran dan buah buahan dan berbagai jenis kuih muih.









Maklumat Am
Daerah Dalat telah diisytiharkan sebagai sebuah daerah pada 2 April 1974 yang merangkumi kawasan seluas 2210.1 km persegi. Bermula pada tahun 1974 hingga 28 Februari 2002, daerah ini terletak di bawah pentadbiran Bahagian Sibu. Namun pada 1 Mac 2002, setelah Mukah diisytiharkan menjadi bahagian ke-10 di Sarawak, daerah ini telah diletakkan dibawah pentadbiran Bahagian Mukah yang meliputi kawasan seluas 905.29 km persegi dengan 25 buah kampung dan 22 rumah panjang. Pentadbiran daerah Dalat adalah di bawah bidang kuasa Pejabat Daerah Dalat yang diketuai oleh Pegawai Daerah serta dibantu oleh beberapa kakitangan.






















Sejarah
Menurut cerita , nama Pekan Dalat berasal dari perkataan ‘lalat’. Pada zaman dahulu, terdapat banyak lalat di kawasan tersebut. Tiada sesiapa pun yang mengetahui kenapa populasi lalat begitu banyak di kawasan tersebut sehinggakan nama kawasan ini dipanggil ‘lalat’. Namun setelah beberapa tahun, populasinya semakin berkurangan namun kawasan tersebut masih dikenali sebagai ‘lalat’. Lama-kelamaan, nama ‘lalat’ berubah menjadi ‘Dalat’ atau ‘Dalad’ dan dikenali dengan nama tersebut sehingga ke hari ini.








Keusahawanan & Perniagaan
Industri Kecil dan Sederhana (IKS)Terdapat empat kilang pemprosesan batang rumbia menjadi tepung sagu di daerah Dalat. Hasil keluaran dijual untuk pasaran tempatan dan permintaan dari luar. Anggaran kadar pemprosesan adalah kira-kira 5000 batang log rumbia sehari yang menghasilkan pendapatan sebanyak RM34,000.00 dan anggaran purata bulanan sebanyak RM850,000.00
Majoriti kaum wanita terlibat secara serius dalam perusahaan industri kampung seperti menghasilkan bijian sagu, keropok ikan dan kuih asli tempatan. Ia diusahakan secara kecil-kecilan oleh penduduk tempatan untuk pasaran dan permintaan tempatan.















Tiada tempat khusus untuk aktiviti perlancongan dalam daerah Dalat. Namun, terdapat beberapa aspek yang dillihat mempunyai potensi untuk dibangunkan seperti:
Pesta Kaul
Pesta kaul adalah pesta pantai yang disambut oleh masyarakat melanau pada setiap tahun untukmenunjukkan rasa kesyukuran terhadap rezeki yang diperolehi samada dari laut atau dari sungai. Pesta ini juga merupakan satu wadah hiburan kepada masyarakat setempat disamping dapat memupuk rasa kerjasama, muafakat,dan tolerans


Home Stay
Terdapat juga pihak tertentu yang mengambil inisiatif sendiri untuk memajukan bidang ini seperti penubuhan homestay di bawah kelolaan Persatuan Nelayan Kawasan Oya. terdapat lebih kurang 10 buah rumah yang menyertai program ini. Program ini lebih memfokuskan kepada cara hidup masyarakt melanau seharian.
Makanan Asli
Masyarakat melanau mempunyai banyak makanan esotik yang tidak terdapat di tempat lain seperti tebaloi, sagu, umai, ulat mulong, lameh dan sebagainya. Jika dikomersilkan ia dapat menarik pelancong datang ke daerah Dalat.

Pesta Balau
Pesta ini diadakan setiap dua tahun sekali bermula pada Jun 2005. Pesta ini merupakan tempat perhimpunan bagi semua jabatan dan persatuan yang berkaitan dengan bidang pertanian dan perikanan.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Daerah Dalat.
3 Julai-5 Julai 2009 (Karnival Balau)
Karnival Balau telah diadakan di Stadium Perpaduan Dalat. Antara aktiviti menarik yang diadakan sepanjang karnival tersebut ialah Gerai Komuniti,Gerai Pameran dan Jualan produk, Dalat Kitchen, Pertandingan Balau Idol, Sukan rakyat, Pertandingan Ratu Kebaya, Wayang Pacak, Pertandingan mewarna dan banyak lagi. Karnival tersebut telah menarik kunjungan penduduk di sekitar daerah Dalat dan sekitar bandar Mukah.








Kemudahan Asas
Kemudahan asas seperti kemudahan jalan raya dalam daerah Dalat sudah berada pada tahap yang memuaskan. selain itu, pengangkutan air amat popular di daerah Dalat. Oleh itu, terdapat banyak jeti persendirian yang dibina olehpenduduk di sepanjang sungai. Pihak kerajaan juga telah memberi bantuan untuk menaiktaraf jeti tersebut untuk kegunaan ramai melalui projek kecil luar bandar dalam bentuk baik pulih atau bina semula.







Penduduk daerah Dalat telah mendapat bekalan air bersih yang diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya. Bekalan air ini dipam dari Batang Oya di kawasan Sungai Lebrasau, Dalat dan diproses di loji JKR Kampung Ungai Ud, Dalat.
Bekalan elektrik dijana dari Pusat Janakuasa Mukah Power Generation Sdn. Bhd. yang dikendalikan oleh pihak SESCO.
Daerah Dalat telah mendapat kemudahan telekomunikasi yang baik di bawah selenggaraan pihak Telekom Malaysia Bhd. Kini wujud talian mudahalih yang dapat dihubungi di kawasan pedalaman. Liputan telekomunikasi juga telah diperluaskan ke kawasan yang dahulunya tidak mendapat liputan komunikasi talian mudahalih.
Setiap kawasan perkampungan dibekalkan dengan sebuah balairaya untuk tujuan aktiviti kemasyarakat. Terdapat dua buah dewan masyarakat dan sebuah stadium dan kompleks sukan dalam daerah Dalat.















Keselamatan
Aspek keselamatan sememangnya tidak dapat dinafikan. Pekan Dalat dilengkapi dengan kemudahan dari segi keselamatan. Antaranya diwujudkan balai polis daerah dalat yang bertujuan untuk menjaga keselamatan penduduk dan harta benda di daerah Dalat. Ia juga mampu mengurangkan kadar jenayah dan mengawal keselamatan di Dalat.















Kesihatan
Terdapat sebuah hospital dalam daerah Dalat yang dikenali sebagai Hospital Dalat dan dua buah Klinik Desa Dan sebuah Klinik Kesihatan Ibu dan Anak.















Pendidikan
Institusi pendidikan turut dibangunkan di Pekan Dalat. Antara institusi pendidikan yang diwujudkan di Pekan Dalat ialah SK Sg. Kut, SMK Dalat, SJK Chin Hua, SK Kampung Tanam dan beberapa buah sekolah yang terletak di kawasan pendalaman Dalat. Institusi pendidikan ini mampu mewujudkan modal insan yang seimbang terutamanya bagi generasi muda di Pekan Dalat.

1 comment:

  1. Casino Tycoon 1 - New York - MapyRO
    Casino Tycoon 1 in 용인 출장안마 1, is in the 대구광역 출장마사지 city. 제주도 출장마사지 There are 전주 출장마사지 two 속초 출장샵 casinos in the city, the Casino Tycoon 1, which also has a casino, a casino, and a

    ReplyDelete